HOLOSEN

HOLOSEN Holosen adalah kala dalam skala waktu geologi yang berlangsung mulai sekitar 10000 tahun radiokarbon iaitu antara 9560 hingga 9300 sebelum masihi. Holosen adalah kala keempat dan terakhir dari period Neogen. Nama itu berasal daripada perkataan Yunani ‘holos’ yang bermaksud keseluruhan dan juga ‘kainos’ yang bermaksud baru. Masa Holosen ini juga dikenali sebagai Anthropogene, The Age of Man , zaman ais terakhir dan masa kini. Sebahagian besar ais di kutub sudah mulai cair sehingga permukaan air laut naik ke paras yang lebih tinggi akibat suhu yang panas. Tanah-tanah rendah di daerah selat sunda dan selat sahul ditenggelami air. Dengan demikian muncullah pulau-pulau nusantara, manusia purba mulai lenyap dan muncul manusia cerdas (Homo Sapiens) iaitu manusia sekarang. 1.1 Ilustrasi Holosen Pada masa ini, terdapat banyak fenomena yang berlaku seperti perubahan iklim, proses geomorfologi atau geofi...