Apa itu Arkeologi?

Apakah yang dimaksudkan dengan arkeologi? Arkeologi merupakan satu disiplin ilmu sains sosial yang menitikberatkan hal-hal yang berkaitan perilaku manusia purba melalui budaya kebendaan yang ditinggalkan oleh sejarah. Perkataan arkeologi sebenarnya berasal daripada perkataan Greek iaitu “arkhaiologia” yang bermaksud barang-barang purba. Sejarah pengkajian arkeologi ini dikatakan bermula setelah penemuan artifak-artifak yang wujud di Afrika Timur yang dianggarkan berusia kira-kira 2.5 juta tahun dahulu. 


Mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4, arkeologi membawa maksud kajian saintifik mengenai sesuatu bentuk kebudayaan atau cara hidup masyarakat prasejarah dan penjelasan tentang kesan-kesan peninggalannya. Amalan yang diamalkan oleh masyarakat seperti kegiatan pemburuan, petempatan, teknologi, sistem kepercayaan dan hubungan luar sesama mereka. Arkeologi juga merupakan ilmu berkaitan kepurbakalaan yang mengkaji tentang kemasyarakatan serta gaya hidup manusia melalui penemuan dan analisis contohnya, melalui penemuan artifak, biofak dan ekofak iaitu landskap budaya yang lama ditinggalkan tapi kekal dalam keadaan yang unik contohnya istana yang masih kekal susun atur permandangannya.





Berdasarkan Kamus Arkeologi pula, perkataan arkeologi membawa maksud sebagai aktiviti penyelidikan tentang manusia berdasarkan bahan-bahan peninggalan mereka seperti fosil tulang manusia, tembikar-tembikar purba, alatan-alatan yang diperbuat daripada batu seperti beliung batu, alatan perhiasan, kapak tangan, seperti manik- manik yang dibuat daripada kerang-kerangan.





Penyelidikan dalam bidang arkeologi tidaklah sama seperti penyelidikan sejarah. Meskipun bidang arkeologi menjadi salah satu bidang yang mengkaji tentang manusia lampau, tetapi ianya tidak sama. Hal ini dibezakan melalui tempoh waktu sesuatu budaya yang dikaji oleh ahli sejarah dengan ahli arkeologi adalah berbeza mengikut tumpuan bahan kajian yang berbeza.  Arkeologi terbahagi kepada beberapa bidang kajian yang tertentu antaranya bidang epigrafi, filologi, bidang struktur, bidang petempatan, bidang ikonografi, bidang antropologi, bidang sosiologi dan bidang numismatik.


Ahli arkeologi era kini mengkaji cara masyarakat awal berkembang dan tamadun terbentuk dalam proses yang kompleks, dinamik serta berubah-ubah serta dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk persekitaran, hubungan dengan yang lain, pertambahan populasi dan keperluan yang berubah. Bukti-bukti arkeologi adalah testimoni sejarah yang lebih dipercayai daripada bukti-bukti lisan dan tulisan yang tertakluk kepada ruang dan waktu tertentu.




Rujukan :


1)      Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 2007. hlm. 1253



Comments

Popular posts from this blog

HOLOSEN

Bab 3 : Indo-Malaysians of the Last 40 000 Years